KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Buat pertama kalinya dalam sejarah, Ketua Utama Negara, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama barisan anggota Kabinet merakamkan video khas sempena Hari Kebangsaan ke-62 dengan mendendangkan lagu patriotik bertajuk "Setia".